Tuesday, 23 May 2017

LIMA NILAI MURNI YANG ADA PADA KARTUN SHIN CHAN

Mungkin bagi segelintir masyarakat menganggap bahawa Kartun Shin Chan adalah kartun yang tidak bermoral kerana apa??? kerana kartun itu menayangkan benda yang tidak sepatutnya ditunjukkan kepada kanak-kanak seperti meminati wanita seksi dan menunjukkan tarian punggungnya.


Bukan itu sahaja, Shin Chan juga dikaitkan dengan sebuah kisah sedih yang kononnya Kehidupan sebenar Shin Chan ini di alam nyata adalah benar. Shin Chan dikaitkan dengan kisah kematian seorang budak bernama Shin Chan yang kemalangan jalan raya kerana membantu adiknya daripada kemalangan namun ia akhirnya kecundang bersama adiknya. Ibunya yang bernama Misae sentiasa merindui anaknya itu sehinggakan beliau ternampak Crayon di atas lukisan anaknya dan akhirnya dia berimaginasi dengan kehidupan anaknya. Namun, kisah ini tidak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak.


Walau bagaimanapun, pernahkah anda mengamati cerita ini sebagai teladan kehidupan??? Jika ya, tahniah dan jika tidak anda patut membaca ini.

KEKELUARGAAN


Senakal-nakal Shin Chan tetapi keluarganya tetap utuh. Dalam cerita Shin Chan ada menceritakan tentang pergaduhan antara Misae dan Hiroshi sehingga menyebabkan Misau melarikan diri dari rumah. Namun, dek kerana kekeluargaan Shin Chan cuba membantunya. Hiroshi sentiasa risau tentang keadaan Isterinya. Si Misae pulak risau dengan keadaan suaminya. Dan akhirnya menunjukkan penamat yang membahagiakan. Bukan itu sahaja, jika berlaku masalah, mereka akan sentiasa bersama. Jika dilihat dari kebanyakan filem Shin Chan akan melihat betapa besarnya kasih sayang seorang ibu dan ayah sehingga ketika mereka di seksa atau di pukau, mereka tetap masih boleh baik kerana mengingati kehidupan bersama Shin Chan dan Himawari. Atau ketika Himawari di ambik oleh sebuah dunia di angkasa yang menganggap Himawari adalah puteri dan penyelamat. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Himawari semula.

PERSAHABATAN


Hampir semua episod Shin Chan menunjukkan bahawa persahabatan itu penting. Mungkin ada segelintir menganggap bahawa persahabatan itu omongan kosong belaka namun jika kita melihat kehidupan Shin Chan, pastinya anda akan melihat bagaimana Shin Chan dan Sahabatnya hidup dalam dunia kartun untuk menghiburkan kanak-kanak sekaligus memberikan nilai persahabatan dalam penceritaan. Salah satu yang boleh kita lihat adalah ketika Kazama ingin menjadi kanak-kanak elit tapi dia diasingkan oleh rakan-rakan elitnya setelah gagal dalam peperiksaan. Ketika itu, Kazama gagal kerana sakit perut namun diakhir penceritaan, Misae dan Shin Chan membawanya ke rumah. Walaupun Kazama pernah memarahinya dan berkasar padanya tapi Shin Chan tak pernah mengambil hati. Contoh lain adalah ketika Keluarga Kazama dan Keluarga Shin Chan bercuti di luar negara dan ketika bapa Kazama tidak menghiraukan Kazama, Shin Chan cuba membantu kazama. Cerita lain adalah ketika mencari rumput berdaun empat. Semua kawannya membantu Kazao yang ingin sangat mendapatkan tuah. Hal ini menunjukkan betapa hebatnya kuasa persahabatan dalam menangani masalah.

KEJIRANAN


dALam kehidupan Shin Chan setelah rumahnya hancur meletop. Mereka berpindah di sebuah tempat yang kecil. Walaupun mereka tidak menyukai jiran mereka sebelah yang suka meminta makanan namun mereka tetap akan membantu kerana semangat kejiranan dan apabila mereka mempunyai masalah, jiran-jiran mereka akan sentiasa membantu. Begitu juga jiran rumah Shin yang lama/ baru. Shiro anjing kesayangan Shin Chan sentiasa dijaga baik oleh jirannya. Cerita mengenai topi juga ada. So, better tonton untuk melihat semangat kejiranan tersebut. 

KESEDARAN ALAM SEKITAR


Jika dilihat dan ditonton dengan betul, anda akan pasti dapat melihat tentang kehidupan Shin Chan yang diajar oleh Misae untuk menjaga alam sekitar, menyiram pokok bunga dan bunga-bungaan. Bukan itu sahaja, Shin Chan juga di ajar untuk sentiasa menjaga alam sekitar melalui penjimatan. Dalam kehidupan Shin Chan juga, ia diajar untuk tidak membuang sampah merata tempat dan juga di ajar bagaimana hendak menjaga alam sekitar dengan betul melalui tiga "R" iaitu Reuse, Reduce and Recycle. Bukan itu sahaja, dia juga di ajar untuk menjaga pokok tanaman dengan betul seperti dia menjaga pokok Cili Hijau dan Terung.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN


Kalau diamati betul-betul, pasti anda akan melihat tentang kepentingan pendidikan secara formal atau tidak formal. Jika formal, kartun Shin Chan kebanyaka menunjukkan pembelajaran di Tadika atau di Pusat Tuisyen Kazama. ia menunjukkan betapa pentingnya pembelajaran. Juga ia menunjukkan betapa pentingnya belajar bahasa Inggeris dalam kehidupan sehingga wujus satu karakter baharu iaitu dari luar negara. Kalau melalui tidak formal, ia akan dididik melalui kepentingan bangun awal pagi sebabnya takut kelewatan kerja atau sekolah. Selain itu, ia juga di ajar untuk sentiasa bantu-membantu jika ada maslah.


...............................................................................................................

Walaupun sebenarnya banyak lagi nilai moral yang ditunjukkan dalam kehidupan Shin Chan seperti menghomati Guru, menghormati ibu bapa dan mengapai cita-cita, namun tidak akan saya kupas di sini kerana anda perlu menonton Shin Chan dan melihat sendiri kepentingan dan kelebihan Kartun ini dengan menerapkan berjuta nilai penting dalam kehidupan.


Sekiranya ada apa-apa kesalahan, kekurangan atau penambahan, jangan malu dan segan untuk memberikan pendapat atau persoalan. Thanx a lot



Saturday, 25 March 2017

MOTIF EARTH HOUR???

Semalam, berlangsungnya program Earth Hour Peringkat Universiti Malaysia Sabah Kali yang pertama. Berbicara tentang Earth Hour, pernahkah anda terfikir apa sebenarnya motif kewujudan Earth Hour ini????




SEJARAH RINGKAS 

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008. (Wikipedia, 6 April 2015).


APA KELEBIHAN EARTH HOUR???


Jika anda nak tahu, kesan RUMAH HIJAU menjadi faktor lapisan ozon bumi semakin menipis. Hal ini kerana penipisan lapisan ozon ini akan menyebabkan suhu bumi akan menaik, iaitu berlakunya masalah pemanasan global yang saban hari sukar dibendung. Kesannya, paras air laut naik disebabkan Ais di kutub utara dan kutub selatan mencair, tanah semakin hilang nutrisinya, pembakaran hutan secara semula jadi akan kerap berlaku, air minuman akan semakin berkurangan dan sebagainya.

APA ITU RUMAH HIJAU???

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang. Kesan rumah hijau berlaku semasa komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang[[atmosfera] bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini menyebabkan akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan pendingin hawa yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini. oleh itu kita seharusnya mengamalkan kempen kuranngkan pemanasan global.

BAGAIMANA NAK MENGATASINYA???

Dengan PENJIMATAN TENAGA, ia dapat mengurangkan masalah pemanasan global. Salah satu kaedahnya ialah Program Earth Hour. Dengan program ini, masyarakat akan sedar betapa pentingnya bum yang kian menua. Kita kena sedar, dek kerana KEJAHILAN MANUSIA yang ingin mengaut keuntungan tanpan memikirkan keadaan manusia lain, ia telah menghancurkan ekosistem dunia. 


APA KELEBIHAN LAIN SELAIN DAPAT MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL???

Pernah tak anda terfikir tentang kepayahan manusia yang tak dapat cahay dek kerana masalah duit dan sebagainya. Sekarang ini kita perlu bersyukur kerana apa??? Kerana kita masih boleh melihat dengan jelas pada waktu malam. Tetapi, pernah tak anda terfikir tentang manusia yang hidup waktu malam tanpa ada cahaya atau lampu???
Untuk pengetahuan semua, dengan menutup satu lampu, anda memberikan peluang dan kelebihan kepada mereka yang tiada lampu atau cahaya ketika waktu malam. 

SEDARLAH BAHAWA
 KITA HIDUP DI DUNIA INI ADALAH UNTUK SALING MEMBANTU DAN BUKANNYA SALING MENJATUHKAN





sumber: Google Images


TERIMA KASIH DAUN KELADI,
ADA MASA BERJUMPA LAGI.


"PEACE NO WAR"



Wednesday, 1 March 2017

PERSEDIAAN MENGHADAPI ALAM UNIVERSITI

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Tahniah kepada adik-adik STPM yang baharu sahaja mendapatkan keputusan mereka. Tahun 2017 menunjukkan peningkatan kualiti dan kuantiti pelajar STPM baru-baru ini.

Nah, bila sudah dapat keputusan yang bagus tu, confirm adik-adik dah berniat nak sambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ada yang berniat sambung pengajian di luar negara dan ada juga yang berniat nak sambung dalam negara sahaja. Ada yang memilih Institusi Swasta dan ada juga yang memilih untuk ke Institusi kerajaan. Walau bagaimanapun dik, kita tak boleh berharap sangat kerana pemilihan untuk mendapatkan Universiti pilihan itu sangat tipis walaupun kau dapat keputusan yang “KEBABOOM”. Hal ini kerana pengalaman adik-adik dan kokurikulum adik-adik juga diambil kira. Kalau nasib, dapat lah universiti pilihan. Kalau bukan nasib, dapat universiti bukan pilihan. Namun, itu bukan menunjukkan bahawa adik-adik perlu lemah semangat sebabnya setiap universiti mempunyai kelebihan masing-masing.

Alright, hari ni abang nak bagi tips sedikit untuk menghadapi alam Universiti setelah berjaya masuk. Ingat adik-adik, universit merupakan tempat adik-adik berubah. Ada yang jahat ke baik, kejutan budaya, dan sebagainya. Ketika berada di universiti, adik kena ingat bahawa pembaziran merupakan satu element pertama yang adik kena jauhi. Hahahahaha! 

................................................................................................................................................

·         Pilih kawan yang kurang berfoya-foya (yang anti-sosial juga tak bagus. Dalam memilih kawan, pilihlah kawan yang ingat agama sebagai panduan hidup)

·         Pilih member yang buat kerja dalam kerja kumpulan (kalau dapat yang pemalas, naya kau dik)

·         Pilih subjek yang sesuai ketika memilih subjek WAJIB Uni. (Salah pilih nanti kang result hancur)

·         Atur jadual adik-adik supaya tidak ketinggalan (Bila dah masuk Uni. Nanti adik-adik akan faham)

·         Belanjawan sangat penting supaya adik-adik tidak terlebih belanja (sebab kita ni pemimjam PTPTN. Duit ciput. Kalau dapat biasiswa pun sama sebab banyak keperluan yang adik kena tanggung di Uni.)

·         Keperluan diutamakan berbanding kehendak (Bila kau dah mula pegang duit beribu, kau akan lupa keperluan berbanding kehendak)

·         Aktifkan diri dalam program Uni. (kalo ko ulat buku tak guna dik oiii sebab program Uni. yang akan ajar adik-adik bagaimana nak membaut kertas kerja dan sebagainya untuk masa depan)

·         Aktifkan diri dalam bidang kepimpinan (Supaya kalo ko kerja nanti ko boleh menerima keadaan ko dipimpin dan memimpin. Bila da jadi pemimpin tu dik oii jan pulak sombong menerima pendapat orang. Ingat kalo da jadi pemimpin tu, memimpin la dan dalam masa yang sama dipimpin)

·         Jangan malas nak bersihkan bilik dan jangan buat bising (nanti kang tak pasal-pasal masuk confession)

·         Jangan suka mengomplen (kang pasal-pasal tak keman komplen kau tu. Belajar cari cara nak mengatasinya)

·         Jangan manja (kau tu mahasiswa. Takkan nak disuap syak. Ini bukan sekolah menengah dik oi, ini Uni. Hidupmu da boleh tanggung diri sendiri. Dah besar kot)

·         Jangan angkuh dengan keputusan First class/Dekan STPMmu (Dik oi, abg pun dapat first class dalam STPM but ko nak tau satu rahsia, kalo ko malas belajar tak kemana result cemerlangmu tu. Berusaha! Sebabnya kawan abg yang dapat 2.50 ke bawah ketika STPM dapat first class kat Uni. Abang cincai syak result tapi tak bermakna teruk. Belajar dan belajar)

·         Bersenam jangan lupa ( kang tak pasai-pasai hang tu jadi besaq dari gajah #abangdahjadigajah)

·        Ingat ibu bapa dan keluarga anda (dik, ko tu kena, alam Uni. Ni bukan kehidupan biasa dik oi. Inilah kehidupan yang akan menjatuhkan kau jika kau tersalah jalan. Jangan bercintan-cintun kalo tak dapat jaga diri sendiri. nanti kang menyesal menangis tak berair mata)


................................................................................................................................................


Actually abang nak bagi banyak tips lagi, Cuma ni tips yang sedikit berguna kepada adik-adik supaya berfikir sebelum buat.


Ingat! Simpan duit mulai sekarang kerana duit PTPTN/ BIASISWA/ PINJAMAN tidak menjamin kau boleh hidup selama bertahun-tahun di Universiti kerana 
KEHENDAKMU AKAN MELEBIHI KEPERLUAN.

Carilah pengalaman kerja bermula sekarang sebelum sambung belajar kerana pengalaman anda menguatkan sijil Ijazah anda. 
Tanpa pengalaman, sijilmu tidak seberapa berguna walaupun dapat
“first Class”

Tuesday, 28 February 2017

MEMIMPIN ATAU DIPIMPIN???

Kredit: Sahabat pemimpin JAKMAS

     Setiap manusia di dunia ini mempunyai tanggungjawab dalam kepimpinan sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kepimpinan seseorang itu tidak boleh diukur seberapa banyak program yang dijalankannya tetapi seberapa banyak pengorbanan yang dilakukannya dalam pucuk pimpinannya.

     Setiap perkataan mempunyai banyak perbedaan definisinya termasuklah kepimpinan, pemimpin, memimpin atau dipimpin. Namun kali ini, santai kafe nak berbicara berkaitan dengan memimpin dan dipimpin. Apa bezanya dan apa motifnya dalam dunia kepimpinan???

MEMIMPIN

     Memimpin ini mempunyai banyak tafsirannya. Ada yang memimpin menggunakan kaedah autokratik, demokratik dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan kaedah "Carrot and Stick". Namun dalam memimpin, bukan nama atau populariti yang kita kena kejar tetapi apa sumbangan yang kita berikan kepada anak-anak buah kita. Pernah tak anda terfikir bahawa anda memimpin semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau memimpin untuk memberikan sesuatu yang lumayan kepada diri sendiri, masyrakat dan negara? Pernahkah anda bertanya dengan pengikut anda bahawa mereka menyukai cara kepimpinan anda atau tidak?

     Ya, sebagai seorang pemimpin yang memimpin anak buah, kita tidak akan lari dari kenyataan negatif tentang diri kita dan kita juga tidak lari dari penyesalan setiap yang kita lakukan. Walau bagaimanapun, memimpin ini harus ke jalan yang benar.

     Memimpin ini bukannya hanya tahu mengarah namun kita juga perlu tahu apa kaedah yang sesuai di sesuatu tempat tersebut. Jika kita hanya tahu mengarah, adakah kita memimpin atau mengarah? Kerana memimpin perlukan contoh dan tauladan dari diri kita sebagai pemimpin supaya mereka tahu bahawa bila mereka memimpin, mereka juga akan memberikan contoh yang baik kepada pengikutnya.



DIPIMPIN

     Pernahkah anda dipimpin? Tipu jika anda kata tidak pernah kerana sejak kecil lagi anda sudah dipimpin oleh ibu bapa anda dan ajaran agama anda untuk dijadikan panduan setelah anda menjadi pemimpin suatu hari kelak. Anda makan juga dipimpin. Anda minum juga dipimpin. Ketika anda memimpin juga anda dipimpin.

     Dipimpin merupakan satu kaedah yang sangat realistik dalam pembelajaran kehidupan kerana praktikalnya ditunjukkan dalam kehidupan supaya anda mencontohi apa yang akan anda pelajari tidak kira itu penting sebagai keperluan atau kehendak.

     Tanpan dipimpin, anda tidak akan dapat memandu diri ke jalan yang benar. Tanpa dipimpin, anda tidak akan dapat menjadi contoh yang baik dalam kehidupan akan datang kerana kita dilahirkan di dunia ini dengan petunjuk dan ujian yang mempunyai berjuta misteri dan hikmah.



MEMIMPIN DAN DIPIMPIN

     Ketika anda memimpin sudah pasti dalam masa yang sama anda juga dipimpin. Tidak ada manusia yang tidak dipimpin dan memimpin. Hal ini kerana setiap perbuatan dan perlakuan kita di dunia ini begitu banyak pembelajaran dalam kepimpinan.

     Perlukah anda membezakan memimpin dan dipimpin? Tidak akan anda dapat bezakan sehingga anda merasai sendiri walaupun lahiriahnya anda sudah memahami konsepnya.

     Kerana itu memimpin itu akan menjadikan anda seorang matang dek kerana anda dipimpin dengan betul.



SEHEBAT MANAPUN ANDA,
SEGAGAH MANAPUN ANDA,
SEBIJAK MANAPUN ANDA,
KETIKA ANDA MEMIMPIN,
KETIKA ANDA DIPIMPIN,
DENGARLAH NASIHAT,

KERANA

MEMIMPIN DAN DIPIMPIN
HARUS DIABADIKAN DALAM KEPIMPINAN
SUPAYA ANDA TIDAK EGO
SEBAGAI SEORANG

PEMIMPIN

"Sebagai pemimpin, jangan pernah lupa agama sebagai panduan dalam kepimpinan"



Monday, 27 February 2017

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA??? PERLUKAH???

Kredit: Nurmasia binti Hassan @ Normawati (Mama) dan Mat Bahir bin Bakar (Abah)


     Bila topik ini keluar dari mulut masyarakat, pastinya semua akan kata bahawa itu adalah kepentingan dan kewajipan seorang anak untuk berbakti kepada ibu bapanya. Tetapi, mengapa masih ada PEMBUANGAN IBU BAPA dalam kalangan masyarakat kita. Mengapa, ibu bapa menyusahkan kita atau ibu bapa jahat?

     Setiap kali anak dah dewasa, banyaklah cerita yang songsang dari mulut masyarakat yang sebenarnya tidak enak didengar. Ini bukan cerita si Tanggang atau cerita Malin Kundang, tetapi lebih menumpukan anak-anak zaman sekarang.

     Tidak semua menganggap bahawa ini adalah topik penting dalam kehidupan masyarakat zaman kini sedangkan begitu banyak sudah berlaku kes-kes derhaka kepada ibu bapa. Mengapa kisah artis yang tidak memakai coli, atau kisah artis menjalani kehidupan harian itu lebih suka didengari atau dibaca oleh masyarakat berbanding topik ilmiah. Berbakti kepada ibu bapa topik ilmiah???





Sumber: Google Images


     Pernah tak anda terfikir akan suatu hari nanti anda juga akan merasa diri tua dan anda juga kan merasa apa yang mereka tanggung. Sejak kecil mereka mejagamu bagai menatang minyak yang penuh. Kita pulak dengan mudah membuang mereka begitu sahaja. Binatangkah mereka?


     Si ibu, menampungmu selama 9 bulan di dalam kandungannya. Tidak pernah menyerah sehingga kau membuka mata di dunia yang fana ini. Nyawanya dihujung tanduk ketika hendak melahirkan kau. Si ayah, menanti kau penuh sabar hingga tak makan dan minum memikirkan keadaaan kau. Ulang-alik ke sana dan ke sini untuk tidak mahu kau susah dikemudian hari. Kau??????

     Itu baru 0.0000000000000000001% pengorbanan mereka terhadapmu. Bayangkan itu sudah perit. bagaimana dengan pengorbanannya yang lain. #infiniti #Ketidakterhinggaan

   

Sumber: Google Images

     Tatapilah wajah ayah dan ibumu yang telah banyak berkorban demi kita semua. Tanpanya, kau tak akan merasa nikmat dan jahilnya kehidupan manusia. Tanpanya, kau tidak akan merasa apa itu cinta. Tanpanya, kau tak akan merasa semuanya.


BERBAKTILAH KEPADA KEDUA IBU BAPAMU KERANA ALLAH SANGAT MENYAYANGI UMATNYA YANG SAYANG KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

Saya sayang abah mama
Saya cinta abah mama
Saya rindu abah mama
Mama dan abah segalanya bagiku...




Sunday, 19 February 2017

MAHARAJA LAWAK MEGA 2017 (MLM 2017)

Image result for tema mlm2017

Untuk post kali ni, admin nak citer sikit pasal MLM 2017 yang baru saja memulakan gerak untuk membuatkan penontonnya terhibur. dalam MLM 2017, Sebanyak 15 kumpulan yang terdiri daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. 15 kumpulan ini akan berentap untuk merebut gelaran juara MLM 2017.

dalam MLM 2017 ini, dua pasukan yang membuat"comeback" iaitu Zero dan Shiro. bagi admin, kedua-dua pasukan yang "comeback" ini merupakan pasukan kuat untuk memberi saingan dalam MLM 2017. dibawah merupakan gambar peserta MLM 2017 yang akan berentap untuk merebut gelaran JUARA MLM 2017.

Image result for maharaja lawak mega 2017
sumber: google images

untuk kali ini, dua bekas juara MLM iaitu Bocey dan Zero akan cuba nasib kembali untuk merebut gelaran Juara. Tetapi bagi admin, pasukan lain juga mempunyai harapan besar untuk bergelar juara MLM 2017. Untuk menentukan siapa juara bagi MLM 2017, Ia agak sukar kerana mungkin kali ini akan ada kejutan dimana pasukan dari negara jiran menjuarai MLM 2017. Mungkin "ya" atau mungkin "tidak". Tidak boleh dipastikan kerana MLM 2017 baru saja memulakan gerakkan dalam minggu pertama. Kalau admin, sudah tentu admin minat pada kumpulan Zero dan Puteh. tapi admin suka tengok kumpulan Hobbit sebab mereka comel dan lawak mereka boleh tahan. atau mungkin tahun ini, peserta solo akan menjuarainya. Semuanya bergantung pada usaha dan nasib mereka sendiri.

Untuk kali ni, admin fokuskan pada juri tetap MLM 2017. Sebelum nak borak lebih panjang, admin nak perkenalkan dahulu juri tetap bagi sesiapa yang masih belum mengetahuinya. Juri tetap untuk MLM 2017 kali ini ialah Rosyam Nor (Malaysia), Luna Maya (Indonesia), Najip Ali (Singapura), dan Neelofa (Malaysia).


JURI PERTAMA - MALAYSIA

Image result for rosyam nor mlm
DATUK ROSYAM NOR 

Siapa tak kenal dengan Datuk Rosyam Nor yang merupakan salah satu pelakon di Malaysia yang sangat "perform". Dengan gelaran "Castello" dan sebagainya. Cerita pasal Gangster, pastinya dia salah satu pelakon yang hebat tidak kira jadi gangster baik atau jahat. Tapi admin tak nak citer sangat pasal biodatanya walaupun admin sangat gemar dengan semua filem Datuk Rosyam lebih-lebih lagi filem suami, isteri, dan ...? 

Ok, nak borak pasal Datuk Rosyam sebagai Juri. bagi admin, Datuk ni sorang yang baik dan funny. bukan saja boleh bagi kata-kata semangat kepada peserta MLM 2017 tapi dia juga sangat caring untuk tidak menjatuhkan mana-mana peserta. Ini pendapat admin setelah melihat minggu pertama MLM 2017. Admin rasa dia sangat layak untuk mengkritik bagi MLM 2017 sebabnya dia pernah kot ikut MLM sebagai artis jemputan untuk kumpulan JAMBU (my favourite team in MLM). dengan mukanya yang bengis ketika itu tetapi masih lagi boleh menghiburkan penonton di rumah dan di studio. 

Rasa-rasanya, dia salah satu juri yang admin rasa akan sentiasa memberikan semangat kepada para peserta MLM 2017. ketika dia bagi komen, sempat lagi dia melawak. sangat perform.

JURI KEDUA - INDONESIA

Image result for LUNA MAYA
LUNA MAYA

Ini pulak juri kedua untuk MLM 2017. Yup, betul tekaan anda. Luna pernah menjadi juri MLM 2013. untuk MLM2 017, dia dipanggil semula untuk menjadi juri. mungkin tidak semua penonton MLM menggemari Luna sebagai juri kerana kononnya ada segelintir kata dia ni tak pandai bagi komen. Tetapi bagi admin, dia dah buat terbaik untuk cuba meningkatkan motivasi kepada peserta MLM. Mungkin ada beberapa perkataan bahasa Malaysia yang tidak diketahuinya tetapi cuba untuk memberikan semangat kepada peserta walaupun adakalanya admin rasa dia ni tak ketawa pun apabila orang lain ketawa.

Untuk MLM kali ini, admin rasa Luna Layak untuk menjadi juri sebabnya dia ni sentiasa akan menghiburkan peserta dan penonton. bukan itu sahaja, dia jua akan menjadi bahan lawak (walaupun sebenarnya admin tak suka bila lawak membahan orang). so, bila peserta kekeringan idea, Luna ni salah satu juri yang akan menjadi bahan lawak mereka.

Admin tak nafikan bahawa Luna sebenarnya mempunyai sifat yang profesional dalam memberikan komen-komen positif kepada peserta. Tidak hairanlah kalau Luna Maya dipilih sebagai Juri MLM kembali.

JURI KETIGA - SINGAPURA

Image result for NAJIP ALI
NAJIB ALI/NAJIP ALI

Bila admin search namanya di google, admin tak tahu macam mana ejaan yang betul sama ada Najib Ali atau Najip ali. So, admin lebih suka guna Najip Ali (suka hati syak admin pilih ejaan nama).  Juri ketiga ni beberapa kali dah dipanggil sebagai juri MLM 2017 sebab perform.

Untuk juri ketiga MLM 2017, Admin tak nak komen banyak sebabnya dia ni salah satu juri yang sangat perform dengan  komen-komen yang bagus dengan memberikan pelbagai perbandingan, perumpamaan, dan sebagainya. bila saja dia komen, confirm nampak macam dia ni punya ijazah penjurian (wakakakakakakaka. adakah wuijud ijazah ni?)

Untuk kali ni, admin rasa dia sangat layak untuk menjadi juri MLM 2017 kerana dia mempunyai skill tersendiri untuk memberikan kata-kata semangat kepada peserta untuk melakukan improvement pada minggu akan datang.


JURI KEEMPAT - MALAYSIA

Image result for NEELOFA
NEELOFA

Neelofa merupakan juri keempat bagi MLM 2017. Seperti biasa, juri keempat pastinya artis wanita yang cantik seperti Nora Danish dan sebagainya. Untuk minggu pertama MLM 2017, agak kurang sedikit ketika dia memberikan komen tapi mungkin gemuruh atau masih lagi kurang pasti komen apa yang patut dia berikan kepada peserta-peserta MLM 2017.

Jujur admin katakan, sebenarnya sudah lama admin tunggu Neelofa menjadi juri. mungkin sebab kata-katanya kebanyakan memberi semangat bila dia beri komen, dia akan sentiasa memberikan komen yang positif. 

satu kejutan bila Neelofa merupakan juri pertama yang memberikan lima "ha" (HA HA HA HA HA) kepada kumpulan MLM 2017. Kebanyakan komennya untuk minggu pertama jua sangat memberikan kekuatan kepada peserta MLM 2017 supaya melakukan lawak lebih baik.

Tak nak banyak komen pasal Neelofa sebab masih awal untuk kita judge her sebab baru minggu pertama.

.................................................................................................................................................

MENGAPA PERLUNYA JURI BAGI MLM 2017?

Ada admin terbaca komen kat Facebook pasal mengapa perlunya juri MLM 2017 sedangkan semuanya bergantung pada undian penonton.

Admin rasa, juri ni sebenarnya menjadi tonggak permainan peserta kepada penonton. jika peserta membuat terbaik dan penonton di studio memberikan sorakan yang besar, jujur admin katakan bahawa confirm juri akan bagi "ha" yang tinggi kepada peserta tersebut. So, jika ada juri dan memberikan komen, maka ia akan mempermainkan minda para penonton supaya berfikir bahawa setiap komen tersebut memberi impak kepada peserta. Jika komen positif, penonton akan memberikan sorakan dan menyokong peserta yang dipuji. Jika produksi atau penonton merasakan peserta tersebut kurang lawak, juri ni lah yang akan memberikan komen supaya penonton tidak memilih peserta tersebut sebagia pilihan. Satu lagi, admin rasa bahawa juri ini diwujudkan untuk memberikan motivasi kepada peserta yang bertanding.

Tetapi ini cuma pandangan admin kenapa perlu adanya juri.

mungkin pembaca yang lain mempunyai pandangan mengapa perlu adanya juri dalam setiap pertandingan khususnya MLM 2017.

Sebelum admin mengundur diri, admin NAK MINTA MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA, TERCELAH KATA DAN SEBAGAINYA. ADMIN CUMA MEMBERIKAN PENDAPAT ADMIN. 

MANA-MANA RASA ADA PENDAPAT LAIN, DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERIKAN KOMEN.

admin sokong semua peserta MLM2017.


Image result for emoticon smiley