Setiap manusia di dunia ini mempunyai tanggungjawab dalam kepimpinan sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kepimpinan seseorang itu tidak boleh diukur seberapa banyak program yang dijalankannya tetapi seberapa banyak pengorbanan yang dilakukannya dalam pucuk pimpinannya.
Setiap perkataan mempunyai banyak perbedaan definisinya termasuklah kepimpinan, pemimpin, memimpin atau dipimpin. Namun kali ini, santai kafe nak berbicara berkaitan dengan memimpin dan dipimpin. Apa bezanya dan apa motifnya dalam dunia kepimpinan???
MEMIMPIN
Memimpin ini mempunyai banyak tafsirannya. Ada yang memimpin menggunakan kaedah autokratik, demokratik dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan kaedah "Carrot and Stick". Namun dalam memimpin, bukan nama atau populariti yang kita kena kejar tetapi apa sumbangan yang kita berikan kepada anak-anak buah kita. Pernah tak anda terfikir bahawa anda memimpin semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau memimpin untuk memberikan sesuatu yang lumayan kepada diri sendiri, masyrakat dan negara? Pernahkah anda bertanya dengan pengikut anda bahawa mereka menyukai cara kepimpinan anda atau tidak?
Ya, sebagai seorang pemimpin yang memimpin anak buah, kita tidak akan lari dari kenyataan negatif tentang diri kita dan kita juga tidak lari dari penyesalan setiap yang kita lakukan. Walau bagaimanapun, memimpin ini harus ke jalan yang benar.
Memimpin ini bukannya hanya tahu mengarah namun kita juga perlu tahu apa kaedah yang sesuai di sesuatu tempat tersebut. Jika kita hanya tahu mengarah, adakah kita memimpin atau mengarah? Kerana memimpin perlukan contoh dan tauladan dari diri kita sebagai pemimpin supaya mereka tahu bahawa bila mereka memimpin, mereka juga akan memberikan contoh yang baik kepada pengikutnya.
DIPIMPIN
Pernahkah anda dipimpin? Tipu jika anda kata tidak pernah kerana sejak kecil lagi anda sudah dipimpin oleh ibu bapa anda dan ajaran agama anda untuk dijadikan panduan setelah anda menjadi pemimpin suatu hari kelak. Anda makan juga dipimpin. Anda minum juga dipimpin. Ketika anda memimpin juga anda dipimpin.
Dipimpin merupakan satu kaedah yang sangat realistik dalam pembelajaran kehidupan kerana praktikalnya ditunjukkan dalam kehidupan supaya anda mencontohi apa yang akan anda pelajari tidak kira itu penting sebagai keperluan atau kehendak.
Tanpan dipimpin, anda tidak akan dapat memandu diri ke jalan yang benar. Tanpa dipimpin, anda tidak akan dapat menjadi contoh yang baik dalam kehidupan akan datang kerana kita dilahirkan di dunia ini dengan petunjuk dan ujian yang mempunyai berjuta misteri dan hikmah.
MEMIMPIN DAN DIPIMPIN
Ketika anda memimpin sudah pasti dalam masa yang sama anda juga dipimpin. Tidak ada manusia yang tidak dipimpin dan memimpin. Hal ini kerana setiap perbuatan dan perlakuan kita di dunia ini begitu banyak pembelajaran dalam kepimpinan.
Perlukah anda membezakan memimpin dan dipimpin? Tidak akan anda dapat bezakan sehingga anda merasai sendiri walaupun lahiriahnya anda sudah memahami konsepnya.
Kerana itu memimpin itu akan menjadikan anda seorang matang dek kerana anda dipimpin dengan betul.
SEHEBAT MANAPUN ANDA,
SEGAGAH MANAPUN ANDA,
SEBIJAK MANAPUN ANDA,
KETIKA ANDA MEMIMPIN,
KETIKA ANDA DIPIMPIN,
DENGARLAH NASIHAT,
KERANA
MEMIMPIN DAN DIPIMPIN
HARUS DIABADIKAN DALAM KEPIMPINAN
SUPAYA ANDA TIDAK EGO
SEBAGAI SEORANG
PEMIMPIN
"Sebagai pemimpin, jangan pernah lupa agama sebagai panduan dalam kepimpinan"
No comments:
Post a Comment