SEJARAH RINGKAS
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF,
disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan
pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang
tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
(Wikipedia, 6 April 2015).
APA KELEBIHAN EARTH HOUR???
Jika anda nak tahu, kesan RUMAH HIJAU menjadi faktor lapisan ozon bumi semakin menipis. Hal ini kerana penipisan lapisan ozon ini akan menyebabkan suhu bumi akan menaik, iaitu berlakunya masalah pemanasan global yang saban hari sukar dibendung. Kesannya, paras air laut naik disebabkan Ais di kutub utara dan kutub selatan mencair, tanah semakin hilang nutrisinya, pembakaran hutan secara semula jadi akan kerap berlaku, air minuman akan semakin berkurangan dan sebagainya.
APA ITU RUMAH HIJAU???
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas
rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba
daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global
sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang. Kesan rumah hijau berlaku semasa
komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida,
nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya
meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan
memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.
Kesan rumah
hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki
ruang[[atmosfera] bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan
kesan rumah hijau. Ini menyebabkan akan menyebabkan pemanasan global secara
berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan
itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan
menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan
menyebabkan peningkatan aras laut.
Kesan rumah
hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara
semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang
membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat
petir juga memberi kesan. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan
berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara, seperti asap daripada
kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan
pendingin hawa yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan
global ini. oleh itu kita seharusnya mengamalkan kempen kuranngkan pemanasan
global.
BAGAIMANA NAK MENGATASINYA???
Dengan PENJIMATAN TENAGA, ia dapat mengurangkan masalah pemanasan global. Salah satu kaedahnya ialah Program Earth Hour. Dengan program ini, masyarakat akan sedar betapa pentingnya bum yang kian menua. Kita kena sedar, dek kerana KEJAHILAN MANUSIA yang ingin mengaut keuntungan tanpan memikirkan keadaan manusia lain, ia telah menghancurkan ekosistem dunia.
APA KELEBIHAN LAIN SELAIN DAPAT MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL???
Pernah tak anda terfikir tentang kepayahan manusia yang tak dapat cahay dek kerana masalah duit dan sebagainya. Sekarang ini kita perlu bersyukur kerana apa??? Kerana kita masih boleh melihat dengan jelas pada waktu malam. Tetapi, pernah tak anda terfikir tentang manusia yang hidup waktu malam tanpa ada cahaya atau lampu???
Untuk pengetahuan semua, dengan menutup satu lampu, anda memberikan peluang dan kelebihan kepada mereka yang tiada lampu atau cahaya ketika waktu malam.
SEDARLAH BAHAWA
KITA HIDUP DI DUNIA INI ADALAH UNTUK SALING MEMBANTU DAN BUKANNYA SALING MENJATUHKAN
sumber: Google Images
TERIMA KASIH DAUN KELADI,
ADA MASA BERJUMPA LAGI.
"PEACE NO WAR"
No comments:
Post a Comment