Tuesday, 23 May 2017

LIMA NILAI MURNI YANG ADA PADA KARTUN SHIN CHAN

Mungkin bagi segelintir masyarakat menganggap bahawa Kartun Shin Chan adalah kartun yang tidak bermoral kerana apa??? kerana kartun itu menayangkan benda yang tidak sepatutnya ditunjukkan kepada kanak-kanak seperti meminati wanita seksi dan menunjukkan tarian punggungnya.


Bukan itu sahaja, Shin Chan juga dikaitkan dengan sebuah kisah sedih yang kononnya Kehidupan sebenar Shin Chan ini di alam nyata adalah benar. Shin Chan dikaitkan dengan kisah kematian seorang budak bernama Shin Chan yang kemalangan jalan raya kerana membantu adiknya daripada kemalangan namun ia akhirnya kecundang bersama adiknya. Ibunya yang bernama Misae sentiasa merindui anaknya itu sehinggakan beliau ternampak Crayon di atas lukisan anaknya dan akhirnya dia berimaginasi dengan kehidupan anaknya. Namun, kisah ini tidak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak.


Walau bagaimanapun, pernahkah anda mengamati cerita ini sebagai teladan kehidupan??? Jika ya, tahniah dan jika tidak anda patut membaca ini.

KEKELUARGAAN


Senakal-nakal Shin Chan tetapi keluarganya tetap utuh. Dalam cerita Shin Chan ada menceritakan tentang pergaduhan antara Misae dan Hiroshi sehingga menyebabkan Misau melarikan diri dari rumah. Namun, dek kerana kekeluargaan Shin Chan cuba membantunya. Hiroshi sentiasa risau tentang keadaan Isterinya. Si Misae pulak risau dengan keadaan suaminya. Dan akhirnya menunjukkan penamat yang membahagiakan. Bukan itu sahaja, jika berlaku masalah, mereka akan sentiasa bersama. Jika dilihat dari kebanyakan filem Shin Chan akan melihat betapa besarnya kasih sayang seorang ibu dan ayah sehingga ketika mereka di seksa atau di pukau, mereka tetap masih boleh baik kerana mengingati kehidupan bersama Shin Chan dan Himawari. Atau ketika Himawari di ambik oleh sebuah dunia di angkasa yang menganggap Himawari adalah puteri dan penyelamat. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Himawari semula.

PERSAHABATAN


Hampir semua episod Shin Chan menunjukkan bahawa persahabatan itu penting. Mungkin ada segelintir menganggap bahawa persahabatan itu omongan kosong belaka namun jika kita melihat kehidupan Shin Chan, pastinya anda akan melihat bagaimana Shin Chan dan Sahabatnya hidup dalam dunia kartun untuk menghiburkan kanak-kanak sekaligus memberikan nilai persahabatan dalam penceritaan. Salah satu yang boleh kita lihat adalah ketika Kazama ingin menjadi kanak-kanak elit tapi dia diasingkan oleh rakan-rakan elitnya setelah gagal dalam peperiksaan. Ketika itu, Kazama gagal kerana sakit perut namun diakhir penceritaan, Misae dan Shin Chan membawanya ke rumah. Walaupun Kazama pernah memarahinya dan berkasar padanya tapi Shin Chan tak pernah mengambil hati. Contoh lain adalah ketika Keluarga Kazama dan Keluarga Shin Chan bercuti di luar negara dan ketika bapa Kazama tidak menghiraukan Kazama, Shin Chan cuba membantu kazama. Cerita lain adalah ketika mencari rumput berdaun empat. Semua kawannya membantu Kazao yang ingin sangat mendapatkan tuah. Hal ini menunjukkan betapa hebatnya kuasa persahabatan dalam menangani masalah.

KEJIRANAN


dALam kehidupan Shin Chan setelah rumahnya hancur meletop. Mereka berpindah di sebuah tempat yang kecil. Walaupun mereka tidak menyukai jiran mereka sebelah yang suka meminta makanan namun mereka tetap akan membantu kerana semangat kejiranan dan apabila mereka mempunyai masalah, jiran-jiran mereka akan sentiasa membantu. Begitu juga jiran rumah Shin yang lama/ baru. Shiro anjing kesayangan Shin Chan sentiasa dijaga baik oleh jirannya. Cerita mengenai topi juga ada. So, better tonton untuk melihat semangat kejiranan tersebut. 

KESEDARAN ALAM SEKITAR


Jika dilihat dan ditonton dengan betul, anda akan pasti dapat melihat tentang kehidupan Shin Chan yang diajar oleh Misae untuk menjaga alam sekitar, menyiram pokok bunga dan bunga-bungaan. Bukan itu sahaja, Shin Chan juga di ajar untuk sentiasa menjaga alam sekitar melalui penjimatan. Dalam kehidupan Shin Chan juga, ia diajar untuk tidak membuang sampah merata tempat dan juga di ajar bagaimana hendak menjaga alam sekitar dengan betul melalui tiga "R" iaitu Reuse, Reduce and Recycle. Bukan itu sahaja, dia juga di ajar untuk menjaga pokok tanaman dengan betul seperti dia menjaga pokok Cili Hijau dan Terung.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN


Kalau diamati betul-betul, pasti anda akan melihat tentang kepentingan pendidikan secara formal atau tidak formal. Jika formal, kartun Shin Chan kebanyaka menunjukkan pembelajaran di Tadika atau di Pusat Tuisyen Kazama. ia menunjukkan betapa pentingnya pembelajaran. Juga ia menunjukkan betapa pentingnya belajar bahasa Inggeris dalam kehidupan sehingga wujus satu karakter baharu iaitu dari luar negara. Kalau melalui tidak formal, ia akan dididik melalui kepentingan bangun awal pagi sebabnya takut kelewatan kerja atau sekolah. Selain itu, ia juga di ajar untuk sentiasa bantu-membantu jika ada maslah.


...............................................................................................................

Walaupun sebenarnya banyak lagi nilai moral yang ditunjukkan dalam kehidupan Shin Chan seperti menghomati Guru, menghormati ibu bapa dan mengapai cita-cita, namun tidak akan saya kupas di sini kerana anda perlu menonton Shin Chan dan melihat sendiri kepentingan dan kelebihan Kartun ini dengan menerapkan berjuta nilai penting dalam kehidupan.


Sekiranya ada apa-apa kesalahan, kekurangan atau penambahan, jangan malu dan segan untuk memberikan pendapat atau persoalan. Thanx a lot



1 comment:

  1. setuju, orang suka nilai yang negatif, tapi tidak mengambil yang positif dari rancangan ini, my childhood cartoon

    ReplyDelete