Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Tahniah kepada
adik-adik STPM yang baharu sahaja mendapatkan keputusan mereka. Tahun 2017 menunjukkan peningkatan kualiti dan kuantiti pelajar STPM baru-baru ini.
Nah, bila sudah
dapat keputusan yang bagus tu, confirm adik-adik dah berniat nak sambung
pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ada yang berniat sambung pengajian
di luar negara dan ada juga yang berniat nak sambung dalam negara sahaja. Ada yang
memilih Institusi Swasta dan ada juga yang memilih untuk ke Institusi kerajaan.
Walau bagaimanapun dik, kita tak boleh berharap sangat kerana pemilihan untuk
mendapatkan Universiti pilihan itu sangat tipis walaupun kau dapat keputusan
yang “KEBABOOM”. Hal ini kerana pengalaman adik-adik dan kokurikulum adik-adik
juga diambil kira. Kalau nasib, dapat lah universiti pilihan. Kalau bukan
nasib, dapat universiti bukan pilihan. Namun, itu bukan menunjukkan bahawa
adik-adik perlu lemah semangat sebabnya setiap universiti mempunyai kelebihan
masing-masing.
Alright, hari ni
abang nak bagi tips sedikit untuk menghadapi alam Universiti setelah berjaya
masuk. Ingat adik-adik, universit merupakan tempat adik-adik berubah. Ada yang
jahat ke baik, kejutan budaya, dan sebagainya. Ketika berada di universiti,
adik kena ingat bahawa pembaziran merupakan
satu element pertama yang adik kena jauhi. Hahahahaha!
................................................................................................................................................
·
Pilih kawan yang kurang berfoya-foya (yang anti-sosial
juga tak bagus. Dalam memilih kawan, pilihlah kawan yang ingat agama sebagai panduan hidup)
·
Pilih member yang buat kerja dalam kerja kumpulan (kalau
dapat yang pemalas, naya kau dik)
·
Pilih subjek yang sesuai ketika memilih subjek WAJIB
Uni. (Salah pilih nanti kang result hancur)
·
Atur jadual adik-adik supaya tidak ketinggalan (Bila
dah masuk Uni. Nanti adik-adik akan faham)
·
Belanjawan sangat penting supaya adik-adik tidak terlebih
belanja (sebab kita ni pemimjam PTPTN. Duit ciput. Kalau dapat biasiswa pun
sama sebab banyak keperluan yang adik kena tanggung di Uni.)
·
Keperluan diutamakan berbanding kehendak (Bila kau dah mula
pegang duit beribu, kau akan lupa keperluan berbanding kehendak)
·
Aktifkan diri dalam program Uni. (kalo ko ulat buku tak
guna dik oiii sebab program Uni. yang akan ajar adik-adik bagaimana nak membaut
kertas kerja dan sebagainya untuk masa depan)
·
Aktifkan diri dalam bidang kepimpinan (Supaya kalo ko kerja
nanti ko boleh menerima keadaan ko dipimpin dan memimpin. Bila da jadi pemimpin
tu dik oii jan pulak sombong menerima pendapat orang. Ingat kalo da jadi
pemimpin tu, memimpin la dan dalam masa yang sama dipimpin)
·
Jangan malas nak bersihkan bilik dan jangan buat bising (nanti kang tak pasal-pasal masuk confession)
·
Jangan suka mengomplen (kang pasal-pasal tak keman
komplen kau tu. Belajar cari cara nak mengatasinya)
·
Jangan manja (kau tu mahasiswa. Takkan nak disuap syak. Ini
bukan sekolah menengah dik oi, ini Uni. Hidupmu da boleh tanggung diri sendiri.
Dah besar kot)
·
Jangan angkuh dengan keputusan First class/Dekan STPMmu
(Dik oi, abg pun dapat first class dalam STPM but ko nak tau satu rahsia, kalo
ko malas belajar tak kemana result cemerlangmu tu. Berusaha! Sebabnya kawan abg
yang dapat 2.50 ke bawah ketika STPM dapat first class kat Uni. Abang cincai
syak result tapi tak bermakna teruk. Belajar dan belajar)
·
Bersenam jangan lupa ( kang tak pasai-pasai hang tu jadi
besaq dari gajah #abangdahjadigajah)
· Ingat ibu bapa dan keluarga anda (dik, ko tu kena, alam
Uni. Ni bukan kehidupan biasa dik oi. Inilah kehidupan yang akan menjatuhkan
kau jika kau tersalah jalan. Jangan bercintan-cintun kalo tak dapat jaga diri sendiri. nanti kang menyesal menangis tak berair mata)
................................................................................................................................................
Actually abang
nak bagi banyak tips lagi, Cuma ni tips yang sedikit berguna kepada adik-adik
supaya berfikir sebelum buat.
Ingat! Simpan duit mulai sekarang kerana
duit PTPTN/ BIASISWA/ PINJAMAN tidak menjamin kau boleh hidup selama
bertahun-tahun di Universiti kerana
KEHENDAKMU AKAN MELEBIHI KEPERLUAN.
Carilah pengalaman kerja bermula
sekarang sebelum sambung belajar kerana pengalaman anda menguatkan sijil Ijazah
anda.
Tanpa pengalaman, sijilmu tidak seberapa berguna walaupun dapat
“first Class”
No comments:
Post a Comment