Thursday, 19 September 2019

JEREBU RENTAS SEMPADAN DI ASIA TENGGARA

Apa itu Asia Tenggara?buat pembaca blog, pasti sudah tahu tentang Asia Tenggara.

Asia Tenggara ialah sebuah kawasan di bahagian tenggara Asia. Asia Tenggara merangkumi negara-negara seperti:
  1.  Brunei Darussalam
  2.  Filipina
  3.  Indonesia
  4.  Kemboja
  5.  Laos
  6.  Malaysia
  7.  Myanmar
  8.  Singapura
  9.  Thailand
  10.  Timor-Leste
  11.  Vietnam

Bukan sejarah Asia tenggara yang nak Santai Kafe bincangkan tetapi berkaitan dengan Jerebu yang semakin berleluasa di Asia Tenggara disebabkan bukan salah sebuah Negara tetapi kesalahan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atas kecuaian dan kesilapan mereka. Setiap tahun perkara ini berlaku dan setiap tahun juga benda ni menjadi satu topik perbualan hangat tidak kira dari segi politik atau dari segi ekonomi dan sosial.

IPU DI MALAYSIA PADA 19 SEPTEMBER 2019

Jika kita lihat di Malaysia, Tahap Hazard paling bahaya dan kedua bahaya yang berwarna merah dan jingga adalah di kawasan Borneo Malaysia iaitu Sarawak. Hal ini kerana kawasan tersebut berdekatana dengan Kalimantan, Indonesia yang menjadi punca Jerebu ini bermula.

IPU DI ASEAN

Melalui GAMBAR di atas, jelas menampakkan Negara Indonesia menjadi Negara yang paling teruk terkena IPU yang sangat tinggi dan membahayakan.

Bagaimana ini boleh berlaku?



Kejadian berlaku apabila pembakaran terbuka di Kalimantan baru-baru ini atas faktor untuk penanaman semula menjadi punca Jerebu berlaku.Kejadian ini mengancam Republik Indonesia untuk menjadi punca utama ke arah berlakunya Jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara.

Tidak boleh disalahkan Republik Indonesia semata-mata kerana semua berlaku atas ketidaksedaran manusia itu sendiri. sedangkan di Malaysia juga sering melakukan pembakaran terbuka walaupun sekala kecil. Ia tetap membahayakan semua orang.

Jadi, Apa yang harus kita buat apabila berlaku Jerebu rentas sempadan. Menunding jari ke Indonesia semata-mata tanpa ada kesedaran? Kerajaan Malaysia sedang giat bekerjasama dengan Indonesia untuk menghentikan Jerebu rentas sempadan.

So, kita perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:-

Image result for langkah langkah ketika menghadapi jerebu
Image result for langkah langkah ketika menghadapi jerebu

Semoga info ini bermanfaat untuk anda :D




Tuesday, 17 September 2019

KEISTIMEWAAN FILEM ANIMASI JEPUN "WHETHERING WITH YOU"

Begitu banyak OTAKU di Malaysia. Mungkin agak kelewatan buat Santai Kafe menyiarkan topik ini tapi Santai Kafe kali ini bukan untuk menjadi Spoiler atau apa tetapi sekadar nak membahaskan tentang kehebatan orang Jepun dalam membuat sebuah kartun atau Animasi yang berasaskan imaginasi.

Buat semua OTAKU di seluruh dunia, Santai Kafe MOHON MAAF jika salah ya sebab ini pendapat Santai Kafe yang pertama kali menonton filem Animasi di Pawagam.

Wow! Tak dinafikan kehebatan filem Malaysia sekarang ini semakin naik dan hebat. Boboiboy the Movie 2 dan Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal yang memecahkan Box Office di panggung Malaysia, Singapura, Brunei & indonesia. Tidak terkecuali juga beberapa negara Asia lain seperti Vietnam dan China.

Kali ini Santai Kafe membawa anda melihat kekuatan imaginasi pencipta Animasi "Wethering with you". Ini buat pertama kali Santai Kafe menonton animasi Jepun selain Doraemon, Dragon Ball dan Shin Chan di Pawagam. Kerana keunikan filem ini Santai Kafe sangat tertarik untuk menghabiskan sedikit wang untuk menonton Filem animasi ini. Tak dijangka, jika diberikan 10 bintang, Santai Kafe akan beri 8 bintang + 2 bintang (Bonus for Imaginasi).

Image result for weathering to you

Apa sahaja yang membuatkan Santai Kafe memberikan full 10 bintang untuk filem animasi ini?

PENGGUNAAN LOKASI SEBENAR JEPUN
Agak mengejutkan bila mana setiap tempat"Scene" animasi ini sebenarnya wujud di dunia sebenar. Penciptaan filem ini bukan sahaja memberikan impak yang besar buat Otaku tetapi ia juga menjadikan satu cabang dalam penarikan pelancong luar negara ke negara jepun lebih-lebih lagi buat Otaku yang  pastinya excited untuk datang ke Jepun dan mengambil gambar sebagai memori peminat"Wethering with you".



IMAGINASI DI LUAR KOTAK
Negara mana di dunia ini yang tak mengenali Jepun dengan imaginasi luar jangkauan. Bukan untuk spoilerkan filem ini tetapi kerana imaginasi di luar kotak ini yang menjadikan filem ini sebagai filem animasi antara terbaik di dunia.Bagaiman tidaknya bila mana wujudnya seorang watak dalam filem ini yang boleh mengawal keadaan cuaca di sesebuah kawasan yang kecil. Kehebatannya bukan setakat melalui penciptaan watak yang luar jangkauan tetapi juga melalui setiap  "scene" yang berlaku dalam filem ini. Gila kalau tak excited apabila menonton filem ini. Santai Kafe tak nak bicara banyak, nanti jadi spoiler. hehehehehehe

Image result for weathering to you

WUJUD WATAK FILEM ANIMASI SEBELUMNYA
Agak-agaknya, apabila anda menonton filem ini, pasti anda akan melihat watak bagi filem animasi sebelumnya. Ini yang membuatkan anda terkejut dan terpersona. Buat OTAKU sebenar pastinya boleh melihat tidak sampai sesaat untuk mengenali watak tersebut. Wow! Nak tau watak filem animasi Jepun yang mana? mmmmmm...

Image result for weathering to you sambungan animasi sebelumnya

Ketika Scene ini, permulaan anda akan melihat watak tersebut dan ada satu scene lagi. Tak boleh begitahu watak apa dan animasi apa. Anda semua tonton, baru anda semua akan nampk. hehehehehe


Ok, tak nak spoilkan filem ini. So, jangan lupa saksikan filem animasi ini ya supaya anda nampak kekuatan animasi ini :D

Saksikan Trailer filem ini di bawah:D





ALAT DORAEMON YANG WUJUD DI DUNIA NYATA

bagi kalian yang meminati sebuah siri animasi Jepun iaitu Doraemon, pastinya akan melihat telatah manja Nobita yang seringkali dibuli oleh rakan-rakannya iaitu Giant dan Suneo. Dalam setiap siri animasi tersebut, begitu banyak kisah tauladan yang sini yang ditonjolkan bagi anda yang suka bergantung hidup dengan orang lain.

Image result for DORAEMON

Bila bercerita tentang  Doraemon, banyak orang beranggapan bahawa animasi ini sekadar khayalan semata-mata. Semua alat yang dikeluarkan hanya imaginasi semata-mata.

TAPI

Adakah kalian sedar bahawa begitu banyak alat Doraemon sebenarnya sudah wujud pada masa sekarang?

Santai Kafe menyenaraikan alat Doraemon yang wujud di dunia nyata.

KONYAKU(AGAR-AGAR) PENTERJEMAHImage result for alat doraemon yang nyata

Siapa kata alat ini tidak wujud? Alat ini sudah wujud sejak 2006 lagi. Dengan mudah tanpa perlu mencari kamus atau  membelinya. GOOGLE TRANSLATE sudah wujud sejak 28 April 2006. selepas kewujudannya, mulalah perkembangan aplikasi penterjemah yang wujud sehingga kini dengan pelbagai variasi dan peningkatan teknologi penterjemahan bahasa. Walaupun aplikasi GOOGLE TRANSLATE ini bukan melalui makanan tetapi kemiripan alat Doraemon ini hampir sama dengan aplikasi tersebut. Setelah kewujudan GOOGLE TRANSLATE, begitu banyak aplikasi translator wujud setelah itu yang hampir mirip dengan Konyaku penterjemah iaitu iTranslate, GBoard, PONS, Translate Voice dan sebagainya.



MECHANIC MAKER
Buat peminat atau pengemar Siri animasi Doraemon, pasti tidak akan terlepas dengan satu alat Doraemon ini iaitu Mechanic Maker. Apa tidaknya, setiap apa yang dilukis pasti akan jadi 3D atau bentuk yang nyata.

Image result for ALAT printer 3D doraemon

Sesiapa sahaja yang menonton atau membaca komik Doraemon, mesti mau alat ini kan. Begitu dengan Santai Kafe yang ingin membuat alat mainan sendiri. Nah, jangan risau, alat ini sudah wujud pada masa kini.

Image result for ALAT printer 3D doraemont

Terinspirasi dari Cerita Doraemon, alat ini menjadi kenyataan. Dengan hanya melukis, anda boleh membentuk lukisan tersebut menjadi 3D. Wow! Bagi Santai Kafe, ini amat berbaloi buat kita pada masa skang ni. Tak perlu sudah risau jika kita ada teman seperti  Suneo.

JUBAH TEMBUS PANDANG
Image result for JUBAH TEMBUS PANDANG DORAEMON

Siapa yang tak nak dengan jubah tembus pandang Doraemon ini. Sedangkan dalam cerita Harry Potter sudah menunjukkan betapa hebat jika kita ada Jubah tembus pandang ini. Bolehlah kita selidik apa yang berlaku pada sesuatu kawasan yang kita nak tahu tanpa pengetahuan.Tapi jangan jadi macam Nobita yang nak Jubah tembus pandang untuk memerhati Sizuka mandi.

 Image result for Gif harry potter with Jubah

Kalau semua nak tahu, Jubah tembus pandang ini sudah wujud di dunia sekarang.

Image result for jubah tembus pandang dunia nyata

Wow!, kalau begini seronoklah kita boleh menyelidik kalau sang suami or isteri or pasangan kekasih yang curang tanpa pengetahuan. DAEBAK!


Sebenarnya adalah lebih banyak lagi alat Doraemon yang wujud di dunia nyata seperti:-

1. ENSIKLOPEDIA SERBA TAHU ------> GOOGLE
2. ROTI PENGINGAT ------> NOTIFIKASI TELEFON
3. SATELIT PERIBADI ------> MEDA SOSIAL & GPS
4. BUNGAN PINOKIO ------> ALAT PENGESAN PENIPUAN
5. TAKE-COPTER/BALING-BALING BAMBU ------> JETPACK & COPTERPACK
6. KAD KEMANA SAHAJA ------> VISA @ PASSPORT
7. ROTI  PENGINGAT ------> NOTIFIKASI TELEFON
8. ALAT PEMBACA MIMPI ------> ALAT PENTERJEMAH MIMPI
9. SARUNG TANGAN SUPER ------> EXOSKELETON SUIT

Nampak tak sebenarnya imaginasi Doraemon dengan alat-alat moden dan berteknologi tinggi sebenar boleh direalisasikan. Wow! semoga semuanya tercapai untuk kita semua merasai Alat Moden Doraemon. hehehehehehehe

Tuesday, 23 May 2017

LIMA NILAI MURNI YANG ADA PADA KARTUN SHIN CHAN

Mungkin bagi segelintir masyarakat menganggap bahawa Kartun Shin Chan adalah kartun yang tidak bermoral kerana apa??? kerana kartun itu menayangkan benda yang tidak sepatutnya ditunjukkan kepada kanak-kanak seperti meminati wanita seksi dan menunjukkan tarian punggungnya.


Bukan itu sahaja, Shin Chan juga dikaitkan dengan sebuah kisah sedih yang kononnya Kehidupan sebenar Shin Chan ini di alam nyata adalah benar. Shin Chan dikaitkan dengan kisah kematian seorang budak bernama Shin Chan yang kemalangan jalan raya kerana membantu adiknya daripada kemalangan namun ia akhirnya kecundang bersama adiknya. Ibunya yang bernama Misae sentiasa merindui anaknya itu sehinggakan beliau ternampak Crayon di atas lukisan anaknya dan akhirnya dia berimaginasi dengan kehidupan anaknya. Namun, kisah ini tidak dapat dipastikan sama ada betul atau tidak.


Walau bagaimanapun, pernahkah anda mengamati cerita ini sebagai teladan kehidupan??? Jika ya, tahniah dan jika tidak anda patut membaca ini.

KEKELUARGAAN


Senakal-nakal Shin Chan tetapi keluarganya tetap utuh. Dalam cerita Shin Chan ada menceritakan tentang pergaduhan antara Misae dan Hiroshi sehingga menyebabkan Misau melarikan diri dari rumah. Namun, dek kerana kekeluargaan Shin Chan cuba membantunya. Hiroshi sentiasa risau tentang keadaan Isterinya. Si Misae pulak risau dengan keadaan suaminya. Dan akhirnya menunjukkan penamat yang membahagiakan. Bukan itu sahaja, jika berlaku masalah, mereka akan sentiasa bersama. Jika dilihat dari kebanyakan filem Shin Chan akan melihat betapa besarnya kasih sayang seorang ibu dan ayah sehingga ketika mereka di seksa atau di pukau, mereka tetap masih boleh baik kerana mengingati kehidupan bersama Shin Chan dan Himawari. Atau ketika Himawari di ambik oleh sebuah dunia di angkasa yang menganggap Himawari adalah puteri dan penyelamat. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Himawari semula.

PERSAHABATAN


Hampir semua episod Shin Chan menunjukkan bahawa persahabatan itu penting. Mungkin ada segelintir menganggap bahawa persahabatan itu omongan kosong belaka namun jika kita melihat kehidupan Shin Chan, pastinya anda akan melihat bagaimana Shin Chan dan Sahabatnya hidup dalam dunia kartun untuk menghiburkan kanak-kanak sekaligus memberikan nilai persahabatan dalam penceritaan. Salah satu yang boleh kita lihat adalah ketika Kazama ingin menjadi kanak-kanak elit tapi dia diasingkan oleh rakan-rakan elitnya setelah gagal dalam peperiksaan. Ketika itu, Kazama gagal kerana sakit perut namun diakhir penceritaan, Misae dan Shin Chan membawanya ke rumah. Walaupun Kazama pernah memarahinya dan berkasar padanya tapi Shin Chan tak pernah mengambil hati. Contoh lain adalah ketika Keluarga Kazama dan Keluarga Shin Chan bercuti di luar negara dan ketika bapa Kazama tidak menghiraukan Kazama, Shin Chan cuba membantu kazama. Cerita lain adalah ketika mencari rumput berdaun empat. Semua kawannya membantu Kazao yang ingin sangat mendapatkan tuah. Hal ini menunjukkan betapa hebatnya kuasa persahabatan dalam menangani masalah.

KEJIRANAN


dALam kehidupan Shin Chan setelah rumahnya hancur meletop. Mereka berpindah di sebuah tempat yang kecil. Walaupun mereka tidak menyukai jiran mereka sebelah yang suka meminta makanan namun mereka tetap akan membantu kerana semangat kejiranan dan apabila mereka mempunyai masalah, jiran-jiran mereka akan sentiasa membantu. Begitu juga jiran rumah Shin yang lama/ baru. Shiro anjing kesayangan Shin Chan sentiasa dijaga baik oleh jirannya. Cerita mengenai topi juga ada. So, better tonton untuk melihat semangat kejiranan tersebut. 

KESEDARAN ALAM SEKITAR


Jika dilihat dan ditonton dengan betul, anda akan pasti dapat melihat tentang kehidupan Shin Chan yang diajar oleh Misae untuk menjaga alam sekitar, menyiram pokok bunga dan bunga-bungaan. Bukan itu sahaja, Shin Chan juga di ajar untuk sentiasa menjaga alam sekitar melalui penjimatan. Dalam kehidupan Shin Chan juga, ia diajar untuk tidak membuang sampah merata tempat dan juga di ajar bagaimana hendak menjaga alam sekitar dengan betul melalui tiga "R" iaitu Reuse, Reduce and Recycle. Bukan itu sahaja, dia juga di ajar untuk menjaga pokok tanaman dengan betul seperti dia menjaga pokok Cili Hijau dan Terung.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN


Kalau diamati betul-betul, pasti anda akan melihat tentang kepentingan pendidikan secara formal atau tidak formal. Jika formal, kartun Shin Chan kebanyaka menunjukkan pembelajaran di Tadika atau di Pusat Tuisyen Kazama. ia menunjukkan betapa pentingnya pembelajaran. Juga ia menunjukkan betapa pentingnya belajar bahasa Inggeris dalam kehidupan sehingga wujus satu karakter baharu iaitu dari luar negara. Kalau melalui tidak formal, ia akan dididik melalui kepentingan bangun awal pagi sebabnya takut kelewatan kerja atau sekolah. Selain itu, ia juga di ajar untuk sentiasa bantu-membantu jika ada maslah.


...............................................................................................................

Walaupun sebenarnya banyak lagi nilai moral yang ditunjukkan dalam kehidupan Shin Chan seperti menghomati Guru, menghormati ibu bapa dan mengapai cita-cita, namun tidak akan saya kupas di sini kerana anda perlu menonton Shin Chan dan melihat sendiri kepentingan dan kelebihan Kartun ini dengan menerapkan berjuta nilai penting dalam kehidupan.


Sekiranya ada apa-apa kesalahan, kekurangan atau penambahan, jangan malu dan segan untuk memberikan pendapat atau persoalan. Thanx a lot



Saturday, 25 March 2017

MOTIF EARTH HOUR???

Semalam, berlangsungnya program Earth Hour Peringkat Universiti Malaysia Sabah Kali yang pertama. Berbicara tentang Earth Hour, pernahkah anda terfikir apa sebenarnya motif kewujudan Earth Hour ini????




SEJARAH RINGKAS 

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008. (Wikipedia, 6 April 2015).


APA KELEBIHAN EARTH HOUR???


Jika anda nak tahu, kesan RUMAH HIJAU menjadi faktor lapisan ozon bumi semakin menipis. Hal ini kerana penipisan lapisan ozon ini akan menyebabkan suhu bumi akan menaik, iaitu berlakunya masalah pemanasan global yang saban hari sukar dibendung. Kesannya, paras air laut naik disebabkan Ais di kutub utara dan kutub selatan mencair, tanah semakin hilang nutrisinya, pembakaran hutan secara semula jadi akan kerap berlaku, air minuman akan semakin berkurangan dan sebagainya.

APA ITU RUMAH HIJAU???

Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang. Kesan rumah hijau berlaku semasa komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.

Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang[[atmosfera] bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini menyebabkan akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.

Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan pendingin hawa yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini. oleh itu kita seharusnya mengamalkan kempen kuranngkan pemanasan global.

BAGAIMANA NAK MENGATASINYA???

Dengan PENJIMATAN TENAGA, ia dapat mengurangkan masalah pemanasan global. Salah satu kaedahnya ialah Program Earth Hour. Dengan program ini, masyarakat akan sedar betapa pentingnya bum yang kian menua. Kita kena sedar, dek kerana KEJAHILAN MANUSIA yang ingin mengaut keuntungan tanpan memikirkan keadaan manusia lain, ia telah menghancurkan ekosistem dunia. 


APA KELEBIHAN LAIN SELAIN DAPAT MENGURANGKAN PEMANASAN GLOBAL???

Pernah tak anda terfikir tentang kepayahan manusia yang tak dapat cahay dek kerana masalah duit dan sebagainya. Sekarang ini kita perlu bersyukur kerana apa??? Kerana kita masih boleh melihat dengan jelas pada waktu malam. Tetapi, pernah tak anda terfikir tentang manusia yang hidup waktu malam tanpa ada cahaya atau lampu???
Untuk pengetahuan semua, dengan menutup satu lampu, anda memberikan peluang dan kelebihan kepada mereka yang tiada lampu atau cahaya ketika waktu malam. 

SEDARLAH BAHAWA
 KITA HIDUP DI DUNIA INI ADALAH UNTUK SALING MEMBANTU DAN BUKANNYA SALING MENJATUHKAN





sumber: Google Images


TERIMA KASIH DAUN KELADI,
ADA MASA BERJUMPA LAGI.


"PEACE NO WAR"



Wednesday, 1 March 2017

PERSEDIAAN MENGHADAPI ALAM UNIVERSITI

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Tahniah kepada adik-adik STPM yang baharu sahaja mendapatkan keputusan mereka. Tahun 2017 menunjukkan peningkatan kualiti dan kuantiti pelajar STPM baru-baru ini.

Nah, bila sudah dapat keputusan yang bagus tu, confirm adik-adik dah berniat nak sambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi lagi. Ada yang berniat sambung pengajian di luar negara dan ada juga yang berniat nak sambung dalam negara sahaja. Ada yang memilih Institusi Swasta dan ada juga yang memilih untuk ke Institusi kerajaan. Walau bagaimanapun dik, kita tak boleh berharap sangat kerana pemilihan untuk mendapatkan Universiti pilihan itu sangat tipis walaupun kau dapat keputusan yang “KEBABOOM”. Hal ini kerana pengalaman adik-adik dan kokurikulum adik-adik juga diambil kira. Kalau nasib, dapat lah universiti pilihan. Kalau bukan nasib, dapat universiti bukan pilihan. Namun, itu bukan menunjukkan bahawa adik-adik perlu lemah semangat sebabnya setiap universiti mempunyai kelebihan masing-masing.

Alright, hari ni abang nak bagi tips sedikit untuk menghadapi alam Universiti setelah berjaya masuk. Ingat adik-adik, universit merupakan tempat adik-adik berubah. Ada yang jahat ke baik, kejutan budaya, dan sebagainya. Ketika berada di universiti, adik kena ingat bahawa pembaziran merupakan satu element pertama yang adik kena jauhi. Hahahahaha! 

................................................................................................................................................

·         Pilih kawan yang kurang berfoya-foya (yang anti-sosial juga tak bagus. Dalam memilih kawan, pilihlah kawan yang ingat agama sebagai panduan hidup)

·         Pilih member yang buat kerja dalam kerja kumpulan (kalau dapat yang pemalas, naya kau dik)

·         Pilih subjek yang sesuai ketika memilih subjek WAJIB Uni. (Salah pilih nanti kang result hancur)

·         Atur jadual adik-adik supaya tidak ketinggalan (Bila dah masuk Uni. Nanti adik-adik akan faham)

·         Belanjawan sangat penting supaya adik-adik tidak terlebih belanja (sebab kita ni pemimjam PTPTN. Duit ciput. Kalau dapat biasiswa pun sama sebab banyak keperluan yang adik kena tanggung di Uni.)

·         Keperluan diutamakan berbanding kehendak (Bila kau dah mula pegang duit beribu, kau akan lupa keperluan berbanding kehendak)

·         Aktifkan diri dalam program Uni. (kalo ko ulat buku tak guna dik oiii sebab program Uni. yang akan ajar adik-adik bagaimana nak membaut kertas kerja dan sebagainya untuk masa depan)

·         Aktifkan diri dalam bidang kepimpinan (Supaya kalo ko kerja nanti ko boleh menerima keadaan ko dipimpin dan memimpin. Bila da jadi pemimpin tu dik oii jan pulak sombong menerima pendapat orang. Ingat kalo da jadi pemimpin tu, memimpin la dan dalam masa yang sama dipimpin)

·         Jangan malas nak bersihkan bilik dan jangan buat bising (nanti kang tak pasal-pasal masuk confession)

·         Jangan suka mengomplen (kang pasal-pasal tak keman komplen kau tu. Belajar cari cara nak mengatasinya)

·         Jangan manja (kau tu mahasiswa. Takkan nak disuap syak. Ini bukan sekolah menengah dik oi, ini Uni. Hidupmu da boleh tanggung diri sendiri. Dah besar kot)

·         Jangan angkuh dengan keputusan First class/Dekan STPMmu (Dik oi, abg pun dapat first class dalam STPM but ko nak tau satu rahsia, kalo ko malas belajar tak kemana result cemerlangmu tu. Berusaha! Sebabnya kawan abg yang dapat 2.50 ke bawah ketika STPM dapat first class kat Uni. Abang cincai syak result tapi tak bermakna teruk. Belajar dan belajar)

·         Bersenam jangan lupa ( kang tak pasai-pasai hang tu jadi besaq dari gajah #abangdahjadigajah)

·        Ingat ibu bapa dan keluarga anda (dik, ko tu kena, alam Uni. Ni bukan kehidupan biasa dik oi. Inilah kehidupan yang akan menjatuhkan kau jika kau tersalah jalan. Jangan bercintan-cintun kalo tak dapat jaga diri sendiri. nanti kang menyesal menangis tak berair mata)


................................................................................................................................................


Actually abang nak bagi banyak tips lagi, Cuma ni tips yang sedikit berguna kepada adik-adik supaya berfikir sebelum buat.


Ingat! Simpan duit mulai sekarang kerana duit PTPTN/ BIASISWA/ PINJAMAN tidak menjamin kau boleh hidup selama bertahun-tahun di Universiti kerana 
KEHENDAKMU AKAN MELEBIHI KEPERLUAN.

Carilah pengalaman kerja bermula sekarang sebelum sambung belajar kerana pengalaman anda menguatkan sijil Ijazah anda. 
Tanpa pengalaman, sijilmu tidak seberapa berguna walaupun dapat
“first Class”

Tuesday, 28 February 2017

MEMIMPIN ATAU DIPIMPIN???

Kredit: Sahabat pemimpin JAKMAS

     Setiap manusia di dunia ini mempunyai tanggungjawab dalam kepimpinan sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kepimpinan seseorang itu tidak boleh diukur seberapa banyak program yang dijalankannya tetapi seberapa banyak pengorbanan yang dilakukannya dalam pucuk pimpinannya.

     Setiap perkataan mempunyai banyak perbedaan definisinya termasuklah kepimpinan, pemimpin, memimpin atau dipimpin. Namun kali ini, santai kafe nak berbicara berkaitan dengan memimpin dan dipimpin. Apa bezanya dan apa motifnya dalam dunia kepimpinan???

MEMIMPIN

     Memimpin ini mempunyai banyak tafsirannya. Ada yang memimpin menggunakan kaedah autokratik, demokratik dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan kaedah "Carrot and Stick". Namun dalam memimpin, bukan nama atau populariti yang kita kena kejar tetapi apa sumbangan yang kita berikan kepada anak-anak buah kita. Pernah tak anda terfikir bahawa anda memimpin semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau memimpin untuk memberikan sesuatu yang lumayan kepada diri sendiri, masyrakat dan negara? Pernahkah anda bertanya dengan pengikut anda bahawa mereka menyukai cara kepimpinan anda atau tidak?

     Ya, sebagai seorang pemimpin yang memimpin anak buah, kita tidak akan lari dari kenyataan negatif tentang diri kita dan kita juga tidak lari dari penyesalan setiap yang kita lakukan. Walau bagaimanapun, memimpin ini harus ke jalan yang benar.

     Memimpin ini bukannya hanya tahu mengarah namun kita juga perlu tahu apa kaedah yang sesuai di sesuatu tempat tersebut. Jika kita hanya tahu mengarah, adakah kita memimpin atau mengarah? Kerana memimpin perlukan contoh dan tauladan dari diri kita sebagai pemimpin supaya mereka tahu bahawa bila mereka memimpin, mereka juga akan memberikan contoh yang baik kepada pengikutnya.



DIPIMPIN

     Pernahkah anda dipimpin? Tipu jika anda kata tidak pernah kerana sejak kecil lagi anda sudah dipimpin oleh ibu bapa anda dan ajaran agama anda untuk dijadikan panduan setelah anda menjadi pemimpin suatu hari kelak. Anda makan juga dipimpin. Anda minum juga dipimpin. Ketika anda memimpin juga anda dipimpin.

     Dipimpin merupakan satu kaedah yang sangat realistik dalam pembelajaran kehidupan kerana praktikalnya ditunjukkan dalam kehidupan supaya anda mencontohi apa yang akan anda pelajari tidak kira itu penting sebagai keperluan atau kehendak.

     Tanpan dipimpin, anda tidak akan dapat memandu diri ke jalan yang benar. Tanpa dipimpin, anda tidak akan dapat menjadi contoh yang baik dalam kehidupan akan datang kerana kita dilahirkan di dunia ini dengan petunjuk dan ujian yang mempunyai berjuta misteri dan hikmah.



MEMIMPIN DAN DIPIMPIN

     Ketika anda memimpin sudah pasti dalam masa yang sama anda juga dipimpin. Tidak ada manusia yang tidak dipimpin dan memimpin. Hal ini kerana setiap perbuatan dan perlakuan kita di dunia ini begitu banyak pembelajaran dalam kepimpinan.

     Perlukah anda membezakan memimpin dan dipimpin? Tidak akan anda dapat bezakan sehingga anda merasai sendiri walaupun lahiriahnya anda sudah memahami konsepnya.

     Kerana itu memimpin itu akan menjadikan anda seorang matang dek kerana anda dipimpin dengan betul.



SEHEBAT MANAPUN ANDA,
SEGAGAH MANAPUN ANDA,
SEBIJAK MANAPUN ANDA,
KETIKA ANDA MEMIMPIN,
KETIKA ANDA DIPIMPIN,
DENGARLAH NASIHAT,

KERANA

MEMIMPIN DAN DIPIMPIN
HARUS DIABADIKAN DALAM KEPIMPINAN
SUPAYA ANDA TIDAK EGO
SEBAGAI SEORANG

PEMIMPIN

"Sebagai pemimpin, jangan pernah lupa agama sebagai panduan dalam kepimpinan"