Tuesday, 28 February 2017

MEMIMPIN ATAU DIPIMPIN???

Kredit: Sahabat pemimpin JAKMAS

     Setiap manusia di dunia ini mempunyai tanggungjawab dalam kepimpinan sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kepimpinan seseorang itu tidak boleh diukur seberapa banyak program yang dijalankannya tetapi seberapa banyak pengorbanan yang dilakukannya dalam pucuk pimpinannya.

     Setiap perkataan mempunyai banyak perbedaan definisinya termasuklah kepimpinan, pemimpin, memimpin atau dipimpin. Namun kali ini, santai kafe nak berbicara berkaitan dengan memimpin dan dipimpin. Apa bezanya dan apa motifnya dalam dunia kepimpinan???

MEMIMPIN

     Memimpin ini mempunyai banyak tafsirannya. Ada yang memimpin menggunakan kaedah autokratik, demokratik dan sebagainya. Ada juga yang menggunakan kaedah "Carrot and Stick". Namun dalam memimpin, bukan nama atau populariti yang kita kena kejar tetapi apa sumbangan yang kita berikan kepada anak-anak buah kita. Pernah tak anda terfikir bahawa anda memimpin semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau memimpin untuk memberikan sesuatu yang lumayan kepada diri sendiri, masyrakat dan negara? Pernahkah anda bertanya dengan pengikut anda bahawa mereka menyukai cara kepimpinan anda atau tidak?

     Ya, sebagai seorang pemimpin yang memimpin anak buah, kita tidak akan lari dari kenyataan negatif tentang diri kita dan kita juga tidak lari dari penyesalan setiap yang kita lakukan. Walau bagaimanapun, memimpin ini harus ke jalan yang benar.

     Memimpin ini bukannya hanya tahu mengarah namun kita juga perlu tahu apa kaedah yang sesuai di sesuatu tempat tersebut. Jika kita hanya tahu mengarah, adakah kita memimpin atau mengarah? Kerana memimpin perlukan contoh dan tauladan dari diri kita sebagai pemimpin supaya mereka tahu bahawa bila mereka memimpin, mereka juga akan memberikan contoh yang baik kepada pengikutnya.



DIPIMPIN

     Pernahkah anda dipimpin? Tipu jika anda kata tidak pernah kerana sejak kecil lagi anda sudah dipimpin oleh ibu bapa anda dan ajaran agama anda untuk dijadikan panduan setelah anda menjadi pemimpin suatu hari kelak. Anda makan juga dipimpin. Anda minum juga dipimpin. Ketika anda memimpin juga anda dipimpin.

     Dipimpin merupakan satu kaedah yang sangat realistik dalam pembelajaran kehidupan kerana praktikalnya ditunjukkan dalam kehidupan supaya anda mencontohi apa yang akan anda pelajari tidak kira itu penting sebagai keperluan atau kehendak.

     Tanpan dipimpin, anda tidak akan dapat memandu diri ke jalan yang benar. Tanpa dipimpin, anda tidak akan dapat menjadi contoh yang baik dalam kehidupan akan datang kerana kita dilahirkan di dunia ini dengan petunjuk dan ujian yang mempunyai berjuta misteri dan hikmah.



MEMIMPIN DAN DIPIMPIN

     Ketika anda memimpin sudah pasti dalam masa yang sama anda juga dipimpin. Tidak ada manusia yang tidak dipimpin dan memimpin. Hal ini kerana setiap perbuatan dan perlakuan kita di dunia ini begitu banyak pembelajaran dalam kepimpinan.

     Perlukah anda membezakan memimpin dan dipimpin? Tidak akan anda dapat bezakan sehingga anda merasai sendiri walaupun lahiriahnya anda sudah memahami konsepnya.

     Kerana itu memimpin itu akan menjadikan anda seorang matang dek kerana anda dipimpin dengan betul.



SEHEBAT MANAPUN ANDA,
SEGAGAH MANAPUN ANDA,
SEBIJAK MANAPUN ANDA,
KETIKA ANDA MEMIMPIN,
KETIKA ANDA DIPIMPIN,
DENGARLAH NASIHAT,

KERANA

MEMIMPIN DAN DIPIMPIN
HARUS DIABADIKAN DALAM KEPIMPINAN
SUPAYA ANDA TIDAK EGO
SEBAGAI SEORANG

PEMIMPIN

"Sebagai pemimpin, jangan pernah lupa agama sebagai panduan dalam kepimpinan"



Monday, 27 February 2017

BERBAKTI KEPADA IBU BAPA??? PERLUKAH???

Kredit: Nurmasia binti Hassan @ Normawati (Mama) dan Mat Bahir bin Bakar (Abah)


     Bila topik ini keluar dari mulut masyarakat, pastinya semua akan kata bahawa itu adalah kepentingan dan kewajipan seorang anak untuk berbakti kepada ibu bapanya. Tetapi, mengapa masih ada PEMBUANGAN IBU BAPA dalam kalangan masyarakat kita. Mengapa, ibu bapa menyusahkan kita atau ibu bapa jahat?

     Setiap kali anak dah dewasa, banyaklah cerita yang songsang dari mulut masyarakat yang sebenarnya tidak enak didengar. Ini bukan cerita si Tanggang atau cerita Malin Kundang, tetapi lebih menumpukan anak-anak zaman sekarang.

     Tidak semua menganggap bahawa ini adalah topik penting dalam kehidupan masyarakat zaman kini sedangkan begitu banyak sudah berlaku kes-kes derhaka kepada ibu bapa. Mengapa kisah artis yang tidak memakai coli, atau kisah artis menjalani kehidupan harian itu lebih suka didengari atau dibaca oleh masyarakat berbanding topik ilmiah. Berbakti kepada ibu bapa topik ilmiah???





Sumber: Google Images


     Pernah tak anda terfikir akan suatu hari nanti anda juga akan merasa diri tua dan anda juga kan merasa apa yang mereka tanggung. Sejak kecil mereka mejagamu bagai menatang minyak yang penuh. Kita pulak dengan mudah membuang mereka begitu sahaja. Binatangkah mereka?


     Si ibu, menampungmu selama 9 bulan di dalam kandungannya. Tidak pernah menyerah sehingga kau membuka mata di dunia yang fana ini. Nyawanya dihujung tanduk ketika hendak melahirkan kau. Si ayah, menanti kau penuh sabar hingga tak makan dan minum memikirkan keadaaan kau. Ulang-alik ke sana dan ke sini untuk tidak mahu kau susah dikemudian hari. Kau??????

     Itu baru 0.0000000000000000001% pengorbanan mereka terhadapmu. Bayangkan itu sudah perit. bagaimana dengan pengorbanannya yang lain. #infiniti #Ketidakterhinggaan

   

Sumber: Google Images

     Tatapilah wajah ayah dan ibumu yang telah banyak berkorban demi kita semua. Tanpanya, kau tak akan merasa nikmat dan jahilnya kehidupan manusia. Tanpanya, kau tidak akan merasa apa itu cinta. Tanpanya, kau tak akan merasa semuanya.


BERBAKTILAH KEPADA KEDUA IBU BAPAMU KERANA ALLAH SANGAT MENYAYANGI UMATNYA YANG SAYANG KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

Saya sayang abah mama
Saya cinta abah mama
Saya rindu abah mama
Mama dan abah segalanya bagiku...




Sunday, 19 February 2017

MAHARAJA LAWAK MEGA 2017 (MLM 2017)

Image result for tema mlm2017

Untuk post kali ni, admin nak citer sikit pasal MLM 2017 yang baru saja memulakan gerak untuk membuatkan penontonnya terhibur. dalam MLM 2017, Sebanyak 15 kumpulan yang terdiri daripada tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. 15 kumpulan ini akan berentap untuk merebut gelaran juara MLM 2017.

dalam MLM 2017 ini, dua pasukan yang membuat"comeback" iaitu Zero dan Shiro. bagi admin, kedua-dua pasukan yang "comeback" ini merupakan pasukan kuat untuk memberi saingan dalam MLM 2017. dibawah merupakan gambar peserta MLM 2017 yang akan berentap untuk merebut gelaran JUARA MLM 2017.

Image result for maharaja lawak mega 2017
sumber: google images

untuk kali ini, dua bekas juara MLM iaitu Bocey dan Zero akan cuba nasib kembali untuk merebut gelaran Juara. Tetapi bagi admin, pasukan lain juga mempunyai harapan besar untuk bergelar juara MLM 2017. Untuk menentukan siapa juara bagi MLM 2017, Ia agak sukar kerana mungkin kali ini akan ada kejutan dimana pasukan dari negara jiran menjuarai MLM 2017. Mungkin "ya" atau mungkin "tidak". Tidak boleh dipastikan kerana MLM 2017 baru saja memulakan gerakkan dalam minggu pertama. Kalau admin, sudah tentu admin minat pada kumpulan Zero dan Puteh. tapi admin suka tengok kumpulan Hobbit sebab mereka comel dan lawak mereka boleh tahan. atau mungkin tahun ini, peserta solo akan menjuarainya. Semuanya bergantung pada usaha dan nasib mereka sendiri.

Untuk kali ni, admin fokuskan pada juri tetap MLM 2017. Sebelum nak borak lebih panjang, admin nak perkenalkan dahulu juri tetap bagi sesiapa yang masih belum mengetahuinya. Juri tetap untuk MLM 2017 kali ini ialah Rosyam Nor (Malaysia), Luna Maya (Indonesia), Najip Ali (Singapura), dan Neelofa (Malaysia).


JURI PERTAMA - MALAYSIA

Image result for rosyam nor mlm
DATUK ROSYAM NOR 

Siapa tak kenal dengan Datuk Rosyam Nor yang merupakan salah satu pelakon di Malaysia yang sangat "perform". Dengan gelaran "Castello" dan sebagainya. Cerita pasal Gangster, pastinya dia salah satu pelakon yang hebat tidak kira jadi gangster baik atau jahat. Tapi admin tak nak citer sangat pasal biodatanya walaupun admin sangat gemar dengan semua filem Datuk Rosyam lebih-lebih lagi filem suami, isteri, dan ...? 

Ok, nak borak pasal Datuk Rosyam sebagai Juri. bagi admin, Datuk ni sorang yang baik dan funny. bukan saja boleh bagi kata-kata semangat kepada peserta MLM 2017 tapi dia juga sangat caring untuk tidak menjatuhkan mana-mana peserta. Ini pendapat admin setelah melihat minggu pertama MLM 2017. Admin rasa dia sangat layak untuk mengkritik bagi MLM 2017 sebabnya dia pernah kot ikut MLM sebagai artis jemputan untuk kumpulan JAMBU (my favourite team in MLM). dengan mukanya yang bengis ketika itu tetapi masih lagi boleh menghiburkan penonton di rumah dan di studio. 

Rasa-rasanya, dia salah satu juri yang admin rasa akan sentiasa memberikan semangat kepada para peserta MLM 2017. ketika dia bagi komen, sempat lagi dia melawak. sangat perform.

JURI KEDUA - INDONESIA

Image result for LUNA MAYA
LUNA MAYA

Ini pulak juri kedua untuk MLM 2017. Yup, betul tekaan anda. Luna pernah menjadi juri MLM 2013. untuk MLM2 017, dia dipanggil semula untuk menjadi juri. mungkin tidak semua penonton MLM menggemari Luna sebagai juri kerana kononnya ada segelintir kata dia ni tak pandai bagi komen. Tetapi bagi admin, dia dah buat terbaik untuk cuba meningkatkan motivasi kepada peserta MLM. Mungkin ada beberapa perkataan bahasa Malaysia yang tidak diketahuinya tetapi cuba untuk memberikan semangat kepada peserta walaupun adakalanya admin rasa dia ni tak ketawa pun apabila orang lain ketawa.

Untuk MLM kali ini, admin rasa Luna Layak untuk menjadi juri sebabnya dia ni sentiasa akan menghiburkan peserta dan penonton. bukan itu sahaja, dia jua akan menjadi bahan lawak (walaupun sebenarnya admin tak suka bila lawak membahan orang). so, bila peserta kekeringan idea, Luna ni salah satu juri yang akan menjadi bahan lawak mereka.

Admin tak nafikan bahawa Luna sebenarnya mempunyai sifat yang profesional dalam memberikan komen-komen positif kepada peserta. Tidak hairanlah kalau Luna Maya dipilih sebagai Juri MLM kembali.

JURI KETIGA - SINGAPURA

Image result for NAJIP ALI
NAJIB ALI/NAJIP ALI

Bila admin search namanya di google, admin tak tahu macam mana ejaan yang betul sama ada Najib Ali atau Najip ali. So, admin lebih suka guna Najip Ali (suka hati syak admin pilih ejaan nama).  Juri ketiga ni beberapa kali dah dipanggil sebagai juri MLM 2017 sebab perform.

Untuk juri ketiga MLM 2017, Admin tak nak komen banyak sebabnya dia ni salah satu juri yang sangat perform dengan  komen-komen yang bagus dengan memberikan pelbagai perbandingan, perumpamaan, dan sebagainya. bila saja dia komen, confirm nampak macam dia ni punya ijazah penjurian (wakakakakakakaka. adakah wuijud ijazah ni?)

Untuk kali ni, admin rasa dia sangat layak untuk menjadi juri MLM 2017 kerana dia mempunyai skill tersendiri untuk memberikan kata-kata semangat kepada peserta untuk melakukan improvement pada minggu akan datang.


JURI KEEMPAT - MALAYSIA

Image result for NEELOFA
NEELOFA

Neelofa merupakan juri keempat bagi MLM 2017. Seperti biasa, juri keempat pastinya artis wanita yang cantik seperti Nora Danish dan sebagainya. Untuk minggu pertama MLM 2017, agak kurang sedikit ketika dia memberikan komen tapi mungkin gemuruh atau masih lagi kurang pasti komen apa yang patut dia berikan kepada peserta-peserta MLM 2017.

Jujur admin katakan, sebenarnya sudah lama admin tunggu Neelofa menjadi juri. mungkin sebab kata-katanya kebanyakan memberi semangat bila dia beri komen, dia akan sentiasa memberikan komen yang positif. 

satu kejutan bila Neelofa merupakan juri pertama yang memberikan lima "ha" (HA HA HA HA HA) kepada kumpulan MLM 2017. Kebanyakan komennya untuk minggu pertama jua sangat memberikan kekuatan kepada peserta MLM 2017 supaya melakukan lawak lebih baik.

Tak nak banyak komen pasal Neelofa sebab masih awal untuk kita judge her sebab baru minggu pertama.

.................................................................................................................................................

MENGAPA PERLUNYA JURI BAGI MLM 2017?

Ada admin terbaca komen kat Facebook pasal mengapa perlunya juri MLM 2017 sedangkan semuanya bergantung pada undian penonton.

Admin rasa, juri ni sebenarnya menjadi tonggak permainan peserta kepada penonton. jika peserta membuat terbaik dan penonton di studio memberikan sorakan yang besar, jujur admin katakan bahawa confirm juri akan bagi "ha" yang tinggi kepada peserta tersebut. So, jika ada juri dan memberikan komen, maka ia akan mempermainkan minda para penonton supaya berfikir bahawa setiap komen tersebut memberi impak kepada peserta. Jika komen positif, penonton akan memberikan sorakan dan menyokong peserta yang dipuji. Jika produksi atau penonton merasakan peserta tersebut kurang lawak, juri ni lah yang akan memberikan komen supaya penonton tidak memilih peserta tersebut sebagia pilihan. Satu lagi, admin rasa bahawa juri ini diwujudkan untuk memberikan motivasi kepada peserta yang bertanding.

Tetapi ini cuma pandangan admin kenapa perlu adanya juri.

mungkin pembaca yang lain mempunyai pandangan mengapa perlu adanya juri dalam setiap pertandingan khususnya MLM 2017.

Sebelum admin mengundur diri, admin NAK MINTA MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA, TERCELAH KATA DAN SEBAGAINYA. ADMIN CUMA MEMBERIKAN PENDAPAT ADMIN. 

MANA-MANA RASA ADA PENDAPAT LAIN, DIALU-ALUKAN UNTUK MEMBERIKAN KOMEN.

admin sokong semua peserta MLM2017.


Image result for emoticon smiley